Telur merupakan makanan yang mempunyai manfaat yang besar dan
nutrisi yang baik kepada tubuh badan kita. Maka tidak hairanlah jika telur
menjadi sarapan yang sangat sihat kepada kita di pagi hari. Hal ini dapat kita
lihat dilakukan oleh kebanyakan golongan terutamanya dalam bidang bina badan
selain itu juga bagi mereka yang mementingkan kesihatan. Seperti yang
sedia maklum kalau kehebatan putih telur itu sendiri 100% protein. Oleh itu
dapat kita saksikan terdapat mereka yang memakan telur sehingga berpuluh-puluh
biji untuk mendapatkan sumber protein yang cukup untuk menjadi si
hijau Hulk.
Walaupun begitu seperti yang sedia maklum juga kalau keburukan
sebiji telur itu datangnya daripada si kuning yang berada ditengah-tengah si
Putih. Bagi kita yang kurang mengambil berat mengenai manfaat telur itu sendiri
tidak dapat menafikan kalau memakan sebiji telur tanpa kuningnya itu seperti
mencinta tapi tidak dicintai.
Tapi tahukah kita kalau sebenarnya memakan kuning telur secara
berlebihan dapat menyebabkan kita didatangi dan dihampiri oleh pelbagai
jenis penyakit. Ini adalah dikeranakan warna kuning pada kuning telur itu
sendiri disebabkan tahap kolestrol yang sangat tinggi. Terkejut? Jangan risau kerana
sebenarnya kuning telur itu sendiri bukanlah masalah dan dapat diatasi dengan
senaman secara konsisten disamping pengambilan kuningnya dua hari sekali. Tapi
tahukah anda sebenarnya ada masalah yang ramai tidak tahu iaitu bahaya memakan
telur rebus.
Sebiji telur rebus itu sebenarnya sangat berbahaya malah
lebih berbahaya daripada mencintai tapi tidak dicintai. Antara bahaya
memakan telur rebus yang tidak mendapat perhatian daripada masyarakat serba
tahu kini:
1: Berbeza dengan telur goreng, telur rebus itu sendiri selalu
dibiarkan untuk seketika atau kata lainnya diabaikan sehinggakan terkadang
seseorang itu terlupa dan ini memberi ancaman kepada bahaya kebakaran.
2: Mengupas telur rebus boleh menyebabkan luka jika tidak dilakukan dengan berhati-hati. Ini dikeranakan telur yang sudah direbus mempunyai kulit yang lebih keras dan lebih tajam.
3: Telur rebus separuh masak dapat menyebakan pekerjaan anda terpaksa ditunda sekiranya terjatuh atau pecah kerana kecuaian daripada sang pemilik. Telur separuh masak mampu mengotorkan dapur anda yang terbuat dari seramik bahkan lebih parah lagi lantai anda mungkin menjadi sangat licin dan ini meninggkatkan tahap kecelakaan di dapur anda.
4: Air rebusan telur itu mampu menyebabkan masalah pada perut
seseorang jika diminum tanpa diketahui asal usulnya. Seperti yang sedia
maklum ramai yang merebus telur tanpa membersihkannya terlebih dahulu. Ini
menjadikan air rebusan itu terdedah kepada kuman yang melekat pada sebiji
telur.
5: Anda dapat mengetahui telur itu rosak jika memecahkannya terlebih dahulu atau bahasa mudahnya menggoreng. Berbeza dengan telur rebus terutama telur rebus separuh masak, anda sukar untuk mengenalpasti telur itu selamat untuk dimakan atau tidak sehinggalah anda menyirupnya untuk kali pertama dan ini memungkinkan anda terdedah kepada trauma yang sangat lama untuk kembali percaya untuk memakan telur. Ini dikeranakan bau telur yang rosak itu mempunyai kesan terhadap otak kita dan otak kita akan bertindak untuk berhenti daripada percaya akan telur-telur yang lainnya. Ketakutan akan muncul dalam bayangan anda saat anda hendak memecahkan sebiji telur seperti telur itu akan berwarna hitam ataupun telur itu mempunyai darah dan bentuk seakan seekor anak ayam.
6: Dan yang paling bahaya daripada sebiji telur rebus itu ialah ianya jika tidak dijaga dengan baik boleh menyebabkan telur itu menjadi masak. Ini pastinya akan membuatkan keceriaan anda itu berkurang dan kesedihan yang melampau yang mungkin terjadi kepada mereka yang sangat menginginkan sebiji telur rebus.
Maka dengan ini diharapkan kepada semua pembaca
untuk berhati-hati dan lebih memberi perhatian terhadap telur rebus anda kerana sesungguhnya
merebus telur dan memasak air itu jauh bezanya. Sedikit tip untuk anda juga
sebagai penghargaan:
Untuk mengetahui kalau telur masih dalam keadaan yang baik dan
selamat untuk dimakan. Rendamkan di dalam mangkuk berisi air, sekiranya telur itu
terapung di atas permukaan air bermakna telur itu sudah terdedah kepada udara
dan tidak selamat untuk dimakan atau direbus. Tapi sekiranya telur itu
tenggelam sepenuhnya di bawah permukaan air maka lakukanlah semahu anda sama
ada direbus,digoreng,dikemam,dihirup,di bakar dan sewaktu dengannya.
alasan dia macam or takda otak
ReplyDeletebhahahahaha
Delete