Dengan bermacam-macam kemudahan yang sudah di cipta oleh
manusia untuk memudahkan sekaligus menyenangkan para pengguna. Sudah semestinya
ada impak yang ketara kita lihat daripada penciptaan alatan-alatan canggih masa
kini.
Sebut sahaja pemanas air yang dicipta bagi memudahkan para
pencari rezeki yang memulakan paginya dengan membersihkan diri. Dengan alatan
seperti ini, penyiksaan bagi mereka yang tidak tahan dengan kedinginan air di
pagi hari dapat dielakkan. Sudah semestinya alatan pemanas air itu sendiri
memerlukan kuasa elektrik untuk menghasilkan haba yang akan memanaskan air yang
menjadi mimpi ngeri bagi sesetengah penduduk di negara kita.
Siapa di masa kini yang tidak mahu menjimatkan pengeluaran
wang untuk keperluan asas seperti penjimatan bil elektrik itu sendiri. Ajaib
sebenarnya bila ramai yang tidak tahu bahawa penjimatan elektrik bukan sahaja
boleh dilakukan oleh alatan di ruangan tamu tetapi juga di dalam bilik air.
Mandi subuh, sekitar pukul 04:00-05:30 sebenarnya salah satu
cara yang kurang diketahui dapat menjimatkan elektrik. Kelebihan buat negara
kita, pada waktu ini sebenarnya air yang keluar daripada paip rumah kita lebih
panas daripada air yang keluar pada pukul 05:30-08:00 pagi. Bagi mereka yang
belum pernah melakukan aktiviti ini yang juga merupakan amalan nenek moyang
kita boleh mencuba sendiri pengalaman ini. Pasti anda terkejut dan sekaligus
penurunan yang signifikan dalam penggunaan bil elektrik dirumah anda.
Pada waktu ini anda tidak perlu lagi menggunakan pemanas air
yang begitu berguna sehingga anda tahu rahsia ini. Selain itu, mandi pagi atau
tepatnya lagi mandi di subuh hari ini mempunyai banyak lagi faedah-faedah yang
baik bukan sahaja kepada ketebalan dompet anda tetapi juga pada apa yang ada di
sebalik pakaian anda. Untuk lebih mengetahui kelebihan-kelebihan mandi pagi,
anda boleh klik disini dan mendapat sendiri kebaikannya terutama kepada tubuh
sekaligus kesihatan kita.
0 comments:
Post a Comment
nakalkan komen anda, skemakan pemikiran anda