Bahaya memakan telur rebus separuh masak yang tidak diketahui ramai


Telur merupakan makanan yang mempunyai manfaat yang besar dan nutrisi yang baik kepada tubuh badan kita. Maka tidak hairanlah jika telur menjadi sarapan yang sangat sihat kepada kita di pagi hari. Hal ini dapat kita lihat dilakukan oleh kebanyakan golongan terutamanya dalam bidang bina badan selain itu juga bagi mereka yang mementingkan kesihatan. Seperti yang sedia maklum kalau kehebatan putih telur itu sendiri 100% protein. Oleh itu dapat kita saksikan terdapat mereka yang memakan telur sehingga berpuluh-puluh biji  untuk mendapatkan sumber protein yang cukup untuk menjadi si hijau Hulk.
Walaupun begitu seperti yang sedia maklum juga kalau keburukan sebiji telur itu datangnya daripada si kuning yang berada ditengah-tengah si Putih. Bagi kita yang kurang mengambil berat mengenai manfaat telur itu sendiri tidak dapat menafikan kalau memakan sebiji telur tanpa kuningnya itu seperti mencinta tapi tidak dicintai.
Tapi tahukah kita kalau sebenarnya memakan kuning telur secara berlebihan dapat menyebabkan kita didatangi dan dihampiri oleh pelbagai jenis penyakit. Ini adalah dikeranakan warna kuning pada kuning telur itu sendiri disebabkan tahap kolestrol yang sangat tinggi. Terkejut? Jangan risau kerana sebenarnya kuning telur itu sendiri bukanlah masalah dan dapat diatasi dengan senaman secara konsisten disamping pengambilan kuningnya dua hari sekali. Tapi tahukah anda sebenarnya ada masalah yang ramai tidak tahu iaitu bahaya memakan telur rebus. 
Sebiji  telur rebus itu sebenarnya sangat berbahaya malah lebih berbahaya daripada mencintai tapi tidak dicintai. Antara bahaya memakan telur rebus yang tidak mendapat perhatian daripada masyarakat serba tahu kini:
1: Berbeza dengan telur goreng, telur rebus itu sendiri selalu dibiarkan untuk seketika atau kata lainnya diabaikan sehinggakan terkadang seseorang itu terlupa dan ini memberi ancaman kepada bahaya kebakaran.

2: Mengupas telur rebus boleh menyebabkan luka jika tidak dilakukan dengan berhati-hati. Ini dikeranakan telur yang sudah direbus mempunyai kulit yang lebih keras 
 dan lebih tajam. 

3: Telur rebus separuh masak dapat 
menyebakan pekerjaan anda terpaksa ditunda sekiranya terjatuh atau pecah kerana kecuaian daripada sang pemilik. Telur separuh masak mampu mengotorkan dapur anda yang terbuat dari seramik bahkan lebih parah lagi lantai anda mungkin menjadi sangat licin dan ini meninggkatkan tahap kecelakaan di dapur anda.
4: Air rebusan telur itu mampu menyebabkan masalah pada perut seseorang jika diminum tanpa diketahui asal usulnya. Seperti yang sedia maklum ramai yang merebus telur tanpa membersihkannya terlebih dahulu. Ini menjadikan air rebusan itu terdedah kepada kuman yang melekat pada sebiji telur.

5: Anda dapat mengetahui telur itu rosak jika memecahkannya terlebih dahulu atau bahasa mudahnya menggoreng. Berbeza dengan telur rebus terutama telur rebus separuh masak, anda sukar untuk mengenalpasti telur itu selamat untuk dimakan atau tidak sehinggalah anda menyirupnya untuk kali pertama dan ini memungkinkan anda terdedah kepada trauma yang sangat lama untuk kembali percaya untuk memakan 
 telur.  Ini dikeranakan bau telur yang rosak itu mempunyai kesan terhadap otak kita dan otak kita akan bertindak untuk berhenti daripada percaya akan telur-telur yang lainnya. Ketakutan akan muncul dalam bayangan anda saat anda hendak memecahkan sebiji  telur seperti telur itu akan berwarna hitam ataupun telur itu mempunyai darah dan bentuk seakan seekor anak ayam. 

6: Dan yang paling bahaya daripada sebiji telur rebus itu ialah ianya jika tidak dijaga dengan baik boleh menyebabkan telur itu menjadi masak. Ini pastinya akan membuatkan keceriaan anda itu berkurang dan kesedihan yang melampau yang mungkin terjadi kepada mereka yang sangat menginginkan sebiji telur rebus.

Maka dengan ini diharapkan kepada semua pembaca untuk berhati-hati dan lebih memberi perhatian terhadap telur rebus anda kerana sesungguhnya merebus telur dan memasak air itu jauh bezanya. Sedikit tip untuk anda juga sebagai penghargaan:


Untuk mengetahui kalau telur masih dalam keadaan yang baik dan selamat untuk dimakan. Rendamkan di dalam mangkuk berisi air, sekiranya telur itu terapung di atas permukaan air bermakna telur itu sudah terdedah kepada udara dan tidak selamat untuk dimakan atau direbus. Tapi sekiranya telur itu tenggelam sepenuhnya di bawah permukaan air maka lakukanlah semahu anda sama ada direbus,digoreng,dikemam,dihirup,di bakar dan sewaktu dengannya.


About Unknown

Unknown
Recommended Posts × +

2 comments:

nakalkan komen anda, skemakan pemikiran anda