Zaman sekarang ini dapat kita rasakan bahawa hanya dalam
sekelip mata siang bertukar malam, ramadhan semakin hampir dan hari raya
tiba-tiba dipenghujung. Sedar atau tidak banyak faktor yang mempengaruhi semua
ini dan salah satunya disebabkan oleh media sosial.
Tanya diri anda berapa lama masa yang anda luangkan untuk
melihat telefon bimbit anda. Berapa jam sahaja mata anda rehat dari radiasi
yang dikeluarkan telefon. Berapa pula lama masa anda berada di dunia nyata?
Lalai di dunia sosial adalah seperti anda sedang melewati ruang masa atau lebih
tepatnya anda sedang tidur dengan mata terbuka. Hanya dengan berdiri di dunia
nyata kita sedar akan masa itu selalu berdetik dan kita lewati setiap detik itu
dengan kewarasan dan kepekaan.
Facebook: Membaca post-post dan luahan perasaan dari
rakan-rakan facebook. Selain itu melihat video-video yang di kongsi oleh
rakan-rakan facebook.
Instagram: Melihat post-post di explore yang berubah-ubah
setiap waktu. Seterusnya juga melihat stroy-story dari orang yang kita ikuti
ditambah lalainya lagi dengan ista live yang semakin popular.
Twitter: Membaca tweet-tweet insta famous yang mempunya
retweet sehingg beribu-ribu. Seteruya mencari kata-kata yang boleh dikongsi
dengan harapan mendapat retweet yang boleh mengubah kehidupan anda. Selain itu
membaca trending topik yang pada asasnya dikomen oleh orang-orang yang
mengutamakan perasaan berbanding kebaikan dalam tweet-tweet mereka.
Wechat: Teknologi wechat yang selalu disalah gunakan dan
menjadikan seseorang bukan sahaja lalai tetapi juga terdedah kepada
godaan-godaan. Menggunakan "looking around" untuk mencari teman
semasa kesepian.
Sebenarnya media sosial ini tergantung kepada kita kerana
pada asalnya ianya untuk merapatkan perhubungan sesama manusia. Hanya dari para
pengguna itu sendiri sama ada ianya untuk mengisi waktu ataupun mencuri waktu.
0 comments:
Post a Comment
nakalkan komen anda, skemakan pemikiran anda