Cara mengetahui kadar metabolisma badan dengan mudah


Di era yang sangat mementingkan penampilan ini tentunya ramai yang sedang cuba untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Seperti diet seumur hidup, menjaga pola makan, bersenam, dan bermacam-macam lagi cara yang muncul sejak kebelakangan ini.

Semestinya setiap orang menginginkan sesuatu daripada semua jerit payah yang mereka tempuh. Tetapi malangnya ramai sebenarnya yang tidak tahu kunci sebenar mendapatkan apalagi mengekalkan bentuk badan yang sudah diusahakan. Ramai yang dapat mencapai badan ideal ini tetapi tidak dapat mengekalkannya kerana ada satu kejadian yang disebut kesan YoYo "Yoyo effect".
Kunci yang paling penting dalam mengekalkan tubuh yang ideal itu sebenarnya adalah dengan meningkatkan metabolisma badan anda. Pernahkah anda melihat rakan disekeliling anda yang makan tanpa henti tetapi tetap sahaja kurus? Manakala anda pula baru makan sesuap lebih dari yang selalu anda makan ketika diet menyebabkan berat badan anda naik. Kesalahan yang berlaku di sini yang terjadi kepada kebanyakan orang ialah mereka melakukan diet yang salah dimana diet mereka memang menurunkan berat badan tetapi juga mengurangkan kadar metabolisma badan mereka.

Apa itu metabolisma? Metabolisma di dalam badan kita boleh dikatakan sesuatu kuasa ghaib yang bekerja untuk fungsi badan kita. Bayangkan metabolisma ini seperti bara api, Semakin tinggi kadar metabolisma badan maka semakin cepatlah kuasa ini membakar/ mencerna semua makanan yang kita makan  bagi mengelakkan penambahan berat badan. Jadi amat penting untuk anda mengetahui sebenarnya bukan sahaja tentang diet yang cepat mengurangkan berat badan tetapi lebih kepada diet dan juga senaman yang dapat meningkatkan metabolisma badan kita. Siapa yang tidak mahu makan 10 pinggan tapi tetap kurus?


Disini dikongsikan salah satu cara yang paling mudah untuk mengetahui adakah metabolisma badan anda ditahap yang akan menyebabkan anda terpaksa diet seumur hidup:

1: Selepas makan anda akan merasa tidak bermaya seperti terpaksa mengambil rehat yang pangjang sebelum menyambung aktiviti anda dan juga yang paling ketara ialah anda akan mengantuk dan terbaring berdekatan dengan makanan anda.



2: Anda akan sangat mudah berpeluh selepas mengkonsumsi makanan terutama makanan yang berat.



2 Tanda ini sebenarnya menunjukkan jika anda memiliki kadar metabolisma badan yang rendah. Aktiviti yang disarankan untuk anda adalah melakukan senaman secara konsisten dan juga diet yang sihat. Salah satu lagi cara terbaik ialak bersenam secara rutin tetapi tetap makan seperti kebiasaanya tanpa berdiet. Cara ini sebenarnya adalah lebih baik untuk jangka masa yang panjang dan untuk lebih lanjut klik disini untuk melihat kebaikan bersenam tanpa berdiet.

About Unknown

Unknown
Recommended Posts × +

0 comments:

Post a Comment

nakalkan komen anda, skemakan pemikiran anda