Beruntungnya anda jika berkawan dengan orang pemalu.


Di setiap kelompok persahabatan  pasti ada yang jenis paling bising,paling tahu semua benda, paling penipu, paling kuat mengejek, dan paling tabah diejek. Tapi pernahkah anda terfikir kelebihan jika anda berkawan dengan orang pemalu. Jangan terkejut kerana orang jenis pemalu ni bak kata orang dulu-dulu diam-diam ubi berisi:

1: Orang yang jenis pemalu ini jika dia percaya dengan anda, percayalah mulutnya seperti M16. Dia akan berkata-kata tanpa henti seolah-olah dia membaca 10 buah kamus.

2: Orang yang pemalu mempunya sedikit kawan kerana sifatnya itu. Tapi anda sangat beruntung kerana si pemalu akan selalu menghibur anda. Ini kerana si pemalu tahu rasanya kesunyian dan mereka sangat pantang bila kawan mereka merasa sunyi apabila bersama mereka.

3: Orang yang pemalu sentiasa terlihat bertenaga bila di samping anda. Jika orang biasa menggunakan tenaga mereka pada  semua orang, orang yang jenis pemalu selalunya berada di mod hibernasi, iaitu satu keadaan dimana mereka hanya menggunakan sedikit tenaga mereka untuk orang disekeliling. Berbeza ketika dengan anda, si pemalu akan mencurahkan seberapa banyak tenaga yang dia ada ketika bersama dengan anda seperti ketika bercerita, ketika menonton tv bersama, ketika mendegar lagu bersama, ketika bermain video game bersama. Anda akan merasa seperti dilayan seperti andalah tujuan dia hidup ketika itu.

Yang terakhir memiliki kawan yang pemalu akan membuat hari-hari anda terasa aman dan tenteram kerana orang yang pemalu tidak akan mencuri perhatian yang anda punya, tidak akan memalukan anda di khalayak ramai, tidak akan membebel di dalam tandas, tidak akan mengumpat anda bersama rakan lain, tidak akan menjadi batu api dan lebih banyak lagi kelebihannya.

Seandainya anda bertemu dengan seorang yang dianggap pemalu tetapi tidak memiliki ciri-ciri tersebut berkemungkinan mereka bukanlah pemalu melainkan pemalas yang bersembunyi dengan menggunakan nama Si Pemalu.Berhati-hati.

About Unknown

Unknown
Recommended Posts × +

0 comments:

Post a Comment

nakalkan komen anda, skemakan pemikiran anda