Tandas Duduk
Percaya kah anda sebenarnya zaman dahulu teknologi
sebenarnya boleh lebih maju daripada zaman kita ini, salah satu contohnya
lihatlah rekaan-rekaan pada Piramid di Mesia dan rekaan Colosium di Rome.
Berbalik kepada tajuk berkaitan tandas, sebenarnya tandas di zaman dahulu boleh
direka seperti tandas sekarang ini. Tapi disebabkan atas beberapa faktor,
tandas mereka tidak dimodenkan seperti sekarang ini.
Tandas purba
Penyebab utamanya ialah kerana faktor keselamatan. Pernahkan
anda mendengar cerita di mana haiwan liar seperti ular mematuk bahagian alat
sulit seseorang ketika sedang membuang air besar? Ini kerana saluran kumbahan
atau paip yang bersambung dengan tandas itu pecah dan membolehkan seekor haiwan
menyelinap masuk kedalam paip. Bayangkan jika zaman dahulu mereka menggunakan
tandas duduk seperti sekarang ini, berapa besar risiko untuk perkara seperti
itu berlaku. Kerana seperti yang kita tahu bahawa zaman dahulu mereka sangat
menjaga alam sekitar sehinggakan boleh dilihat bagaimana halaman rumah mereka
boleh sahaja kelihatan beberapa ekor haiwan liar berlari. Jika mereka
menggunakan tandas duduk, bayangkan berapa ekor haiwan liar yang boleh
menyelinap masuk ketika mereka sedang membuang air besar.
Maka mereka memilih untuk menggunakan tandas mencangkung
kerana mereka dapat berjaga-jaga dan memerhati bahagian lubang tandas sekiranya
terdapat haiwan liar yang menceroboh. Ini juga dapat mencepatkan lagi tindakan
yang mereka boleh ambil sekiranya di ancam bahaya yang bermula dari bawah
seperti cerita di atas. Jarak antara lubang tandas juga dan jarak mencangkung
akan lebih besar dan ini bermakna risikonya adalah lebih kecil
BIjak kan orang zaman dahulu? Ada alasan kenapa mereka tidak
mereka sesuatu yang sebenarnya mereka boleh lakukan. Adakah anda tahu pula
kenapa mereka tidak mereka helikopter
pada zaman dahulu?
Gambar kemungkinan pengangkutan udada zaman purba
0 comments:
Post a Comment
nakalkan komen anda, skemakan pemikiran anda