Zaman ini memiliki barangan mewah tidak bermakna anda seorang yang kaya.



Remaja terutamanya selalu percaya jika mereka memiliki iphone atau barangan mewah menunjukkan jika mereka layak digelar kaya atau layak disanjungi atau lebih mesra disebut popular dan sangat ranggi. Sedihnya perkara ini seakan sudah menjadi kepercayaan di kalangan masyarakat kita sehingga ada yang sanggup menggadai kehormatan diri untuk disanjungi oleh orang ramai. Semua keadaan ini sebenarnya hanyalah agenda daripada pihak yang ingin mengaut keuntungan dari mereka yang naif dan senang dipengaruhi.


Fakta yang perlu anda ingatkan kepada ego anda:


 Zaman sekarang sesiapa sahaja boleh membeli telefon walaupun harganya mencecah sehingga RM3000 ringgit. Mereka yang bergaji RM1000 ringgit sebulan pun sebenarnya mampu membeli telefon ini dengan bayaran bulanan yang ditawarkan.

Begitu juga dalam pembelian sesebuah kenderaan. Seperti yang dipetik dalam lagu amboi nyanyian Altimet, tinggal rumah sewa tapi beli kereta  mewah amboi!. Dilihat seperti sudah menjadi perlumbaan dikalangan mereka yang baru bekerja untuk memiliki sebuah kereta mewah walaupun sehingga sanggup mengikat perut setiap bulan.



Bahaya ini sebenarnya kurang disedari oleh seseorang. Apa yang sebenarnya berlaku ialah daripada propaganda yang sengaja disebar untuk menguntungkan sesetengah pihak. Dengan memiliki sesuatu benda ini akan menunjukkan anda seorang yang tinggi darjat, hidup selesa, dihormati, dihargai dan macam-macam lagi yang mendorong kepada rasa tinggi diri. Tapi jika anda tanya kepada mereka yang berfikiran jauh semua ini hanyalah pemikiran yang kurang bijak oleh orang-orang yang mudah dipengaruhi. 

Apa yang penting sebenarnya cubalah merancang kehidupan anda, jangan hanya ingin mendapatkan kehormatan yang tidak pasti tapi anda mengorbankan kehormatan yang semula jadi.  Berpada-pada dan jangan mudah dipengaruhi oleh propaganda-propaganda yang  lebih banyak merugikan daripada menguntungkan

About Unknown

Unknown
Recommended Posts × +

0 comments:

Post a Comment

nakalkan komen anda, skemakan pemikiran anda