Hiburan tanah air sebenarnya bukan kembali ke tahun 90-an


Adakah ini suatu kebetulan ataupun memang sesuatu yang sudah dijangka? Aliran muzik di dalam negara kita sudah kembali ke tahun 90-an dimana lagu-lagu tangkap lele mula menjadi kegemaran semula. Sebut sahaja Aiman Tino dengan lagunya iaitu Ku Rela Dibenci dan juga Tajul (adik kepada Achik Spin) dengan lagunya Sedalam-dalam rindu. Dan tidak lupa juga penyanyi wanita yang suaranya seakan-akan Siti Nordiana iaitu Wani Hasrita.

Sebenarnya ada satu pembetulan yang haru di beri kepada anda diluar sana. Aliran Muzik sebenarnya tidak kembali kepada muzik ala-ala 90-an tapi apa yang sebenarnya berlaku sekarang ini muzik itu sendiri seperti juga budaya adalah sedang memasuki zaman rentas masa dimana zaman ini semua benda akan bercampur aduk. Muzik juga tidak terlepas daripada perubahan teknologi dimana sesiapa sahaja dapak mengakses apa jenis muzik yang mereka mahu. Begitu juga penciptaan lagu yang sangat pelbagai ini seperti para pencipta bebas yang bergelut di dalam youtube, lagu dari pelbagai genre silih berganti menjadi tumpuan.


Bukti yang dapat kita saksikan sendiri contohnya pada Gema Gegar Vaganza baru-baru ini dimana nyanyian para penyanyi yang terkenal menyanyikan lagu ketuhanan cuba menyanyikan lagu rap. Disitu sebenarnya dapat kita lihat bagaimana keterujaan para penonton di studio dan juga penonton di rumah dengan lagu-lagu rap yang di sampaikan oleh mereka.



Jadi apakah sebenarnya aliran muzik yang sedang terjadi sekarang ini? Aliran muzik yang sebenarnya terjadi adalah semua aliran muzik. Dengan teknologi yang semakin canggih ini membuatkan bukan sahaja aliran muzik bahkan budaya, bahasa, peraturan, dan bermacam-macam lagi sedang bercampur aduk kerana kemudahan untuk memilih, mengakses dan melihat apapun yang kita inginkan. Jadi kepada semua penggiat seni diluar sana, inilah masanya untuk mengeluarkan apa sahaja bakat yang anda ada kerana zaman ini tiada yang begitu jelas, semuanya dapat diterima oleh masyarakat.

About Unknown

Unknown
Recommended Posts × +

0 comments:

Post a Comment

nakalkan komen anda, skemakan pemikiran anda